KampungArmy

Latest Post

PELAJAR MENGAMUK SELEPAS KANTOI KHALWAT DALAM KERETA DI PARKING KOLEJ..

PELAJAR MENGAMUK SELEPAS KANTOI KHALWAT DALAM KERETA DI PARKING KOLEJ..
Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan reaksi seorang mahasiswi yang ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta.
Menurut Malaysian Digest, kejadian jenayah syariah itu dilaporkan berlaku di Palembang, Indonesia. Pelajar berkenaan merupakan seorang mahasiswi di sebuah kolej terkemuka di situ dan kejadian terkutuk tersebut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta kolej berkenaan.
Menerusi video berdurasi 29 saat itu, wanita berkenaan yang hanya sempat menyarungkan coli boleh dilihat menjerit-jerit dan memberontak apabila orang ramai menyuruhnya keluar dari kenderaan itu.
Seorang lelaki boleh didengari menengkingnya dengan berkata,
“Nggak ada duit ke hotel kah?”
Sambil menutup mukanya dengan baju, wanita itu terus menerus menjerit,
“Sana! Sana! Sana!”
Salah seorang individu yang berada di situ malah membuka pintu tempat duduk belakang dan cuba menyelak baju yang menutupi muka wanita berkenaan.
PELAJAR MENGAMUK SELEPAS KANTOI KHALWAT DALAM KERETA DI PARKING KOLEJ..
Bagaimanapun, teman lelakinya tidak kelihatan di dalam video berkenaan, mungkin kerana sudah ditangkap dari awal. Menurut saksi, perbuatan mereka dapat dihidu apabila orang ramai yang berada di kolej merasakan sesuatu yang tidak kena kerana kereta tersebut bergoyang-goyang.
Difahamkan, kedua-dua mereka sudah ditahan pihak polis dengan bantuan orang ramai dan laporan polis sudah pun dibuat.
Bila nak buat tak fikir pun, dah kantoi tahu pula malu kan! Memalukan nama ibu bapa dan kolej je.


Apabila sudah berkahwin, suami secara automatiknya diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup buat isteri mereka.
Namun ciri-ciri yang dinyatakan tersebut tidak ada pada seorang lelaki di Surabaya, Indonesia apabila dia bertindak menjual isterinya kepada orang lain gara-gara mahu melakukan hubungan seks secara ‘foursome’. Suami jenis apa ni?
Sumber: Malaysian Digest
Menurut Malaysian Digest, Selvin Firnando atau lebih dikenali sebagai Epin menawarkan isterinya kepada pelanggan dengan harga 500 ribu rupiah (RM159) kepada sesiapa yang mahu melakukan seks dengannya. Tergamaknya suami dia buat macam itu!
Pegawai Siasatan Jenayah, Edy Herwiyanto berkata, bayaran yang ditawarkan Epin tidak termasuk kos menyewa bilik hotel. Kos sewa tersebut perlu ditanggung oleh pelanggan sendiri yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah hampir 1 juta rupiah bagi setiap sesi. Amboi cari untung betul si suami ni!
Si isteri yang tidak mahu identitinya didedah akur dengan permintaan suaminya untuk melakukan ‘foursome’ atas alasan dia menyayangi suaminya.
“Semasa melakukan hubungan intim dengan isterinya, si suami sering merakam adegan itu menerusi kamera telefon bimbitnya. Bahkan, suspek mempunyai keinginan nafsu seks yang menyimpang dan berangan-angan mahu melakukan seks dengan lebih dari seorang lelaki,” ujar Edy Herwiyanto.
Lebih menggelikan lagi, Epin sering menonton filem lucah sebelum melakukan persetubuhan dengan isteri dan berasa terangsang melihat adegan filem lucah yang dilakukan lebih dari seorang lelaki. Dah kenapa suami dia ni?
“Selain kepuasan nafsu seksnya dipenuhi, suspek mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran kepada mana-mana lelaki yang mahu melakukan seks secara berkumpulan. Dia juga mengaku wang hasil ‘menjual isterinya’ digunakan untuk perbelanjaan harian.”
Sumber: Detik News
Kegiatan Epin mula terbongkar apabila pihak polis melakukan serbuan di sebuah hotel di Tegalsari, Surabaya akhir Ogos lalu. Dalam operasi tersebut, polis berjaya menahan Epin, isterinya dan dua lagi lelaki yang turut berada di hotel tersebut.
Selain daripada itu, pihak polis turut menyita wang tunai berjumlah 1 juta rupiah, dua kondom, sehelai selimut, resit bayaran hotel berserta 1 unit telefon.
Erin kini berada dibawah tahanan polis selaku suspek utama manakala isterinya dan dua lelaki tersebut ditahan sebagai saksi kes.
Kesian si isteri dapat suami macam Epin. Orang zaman sekarang seboleh-boleh tak mahu berkongsi kasih, tapi yang ni pula sebaliknya. Pelik pelik …
Kredit:Kakifollow


Video Adegan Cium Fattah Amin dan Janna Nick |BELUM pun ditayangkan impak drama adaptasi Korea Selatan, Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick terus mencetuskan kontroversi.
Terbaharu Fattah dan Janna dikritik hebat gara-gara pelakon baharu iaitu Fara Mendoza memuat naik video pasangan berkenaan melakonkan aksi bercium di Instastory Instagram miliknya.
Video itu yang diulang siar (repost) akaun dari Instagram menggunakan nama @fatt4stictv80xds mengundang perbalahan dalam kalangan peminat yang menganggap adegan itu melampaui batas.
Walaupun tidak sebarang sentuhan berlaku namun Fattah dan Janna dikritik teruk kerana adegan itu tidak patut dilakukan kerana ia dianggap boleh medorong perbuatan maksiat dalam kalangan remaja.


Rakaman adegan cium antara Janna dan Fattah yang menimbulkan kemarahan netizen.
Sebagai selebriti, netizen berpendapat apa dilakukan oleh mereka akan menjadi ikutan peminat selain berharap babak ciuman tidak dimasukkan dalam drama itu nanti.
Salah seorang netizen menggunakan nama @cik_semut_api menulis “dimanakah para alim ulama Malaysia ni sampai adegan macam ini pun boleh lakonkan. Memang tak betul tapi tetap mengundang kepada maksiat.
“Tolong terangkan sebab saya cetek dalam bidang hukum hakam agama ni! Kalau macam ini sampai kiamat pun gejala keruntuhan moral remaja tak dapat dibendung,” tulisnya.
Komen ditinggalkan @cik_semut_api itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pengikut lain yang turut bersetuju adegan seperti itu mampu mempengaruhi remaja zaman kini dalam terjerebak dalam perkara-perkara tidak baik.
Sumber : eberita.org




Satu status luahan yang dimuat naik oleh seorang lelaki lembut yang begitu merah dengan kedua ibu bapanya dikecam oleh beberapa rekannya di FACEBOOK.

kami tidak tahu punca sebenar kenapa dan mengapa lelaki itu menyatakan rasa kecewanya pada abahnya,lelaki itu mendakwa bahwa abahnya melayannya seperti binatang dan kalau mak abah dia mati sekalipun dia tidak akan balik.masyaallah! !


dari apa yang dilihat dengan mata kasar mungkin abah lelaki tersebut mahu anak lelakinya menjadi lelaki sejati seperti halnya lelaki di luar sana yang mempunyai pendirian dan keyakinan diri.bukan menjadi seorang yang melawan takdir,seolah olah mendustakan nikmat tuhan.
seorang ayah akan memukul anaknya disebabkan anak yang salah tidak lah masuk akal apabila seorang ayah pukul anaknya saja-saja.

bagi yang nak tahu pada era 80 an dan 90 an anak-anak akan didik dengan tegas oleh ibu bapa dan juga para guru sekolah untuk menjadikan anak-anak menjadi manusia yang berguna,cuma pada masa kini tindakan seperti itu tidak dapat diterima oleh masyarakat yang perihatin,lalu ia manjadikan anak lebih manja dan bebas berkelakuan apa saja yang mereka suka.

nota eberita.org ,Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan , tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah”





Ketika ini, pelakon jelita Nur Fazura dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menjalani penggambaran Ayat-ayat Cinta 2 di Eropah.



Rugilah jika sudah ke tempat orang dan tidak merakamkan gambar kenangan bukan? Namun berlainan pula yang  jadi pada salah sebuah gambar yang dimuat naik oleh Fazura di Instagram nya.



Di dalam gambar tersebut, Fazura dilihat sedang menaiki sebuah teksi di London dan entah dimana silapnya netizen hangat bercakap mengenai gambar tersebut sehingga mencecah 1000 komen.



Hangat difahamkan fake taxi yang disebut-sebut oleh netizen di ruangan komen pelakon ini adalah mengenai sebuah produksi yang merakamkan video lucah di dalam teksi tersebut dan digelar sebagai fake taxi.





Turut membalas komen tersebut adalah mereka yang beranggapan rekaan teksi tersebut sememangnya digunakan di London dan kenderaan yang dinaiki oleh Fazura bukanlah kenderaan yang digunakan untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral itu.



Apa pun tahniah buat Fazura yang membintangi filem terkenal ini. Tidak sabar nak tunggu kemunculan Fazura dalam filem Ayat Ayat Cinta 2.



Nampaknya kontroversi kemunculan Fathia Latiff di Bigo Live minggu lalu masih menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini. Walaupun Fathia Latiff sudah menngaku silap dan memohon kemaafan, masih ramai di luar sana yang memberikan komen negatif terhadap pelakon ini.
Dalam sesi live terbaru beliau di Instagram, Fathia Latiff sekali lagi tampil mempertahankan diri dengan berkata kemunculan beliau dalam video tersebut adalah secara tidak sengaja kerana tidak sedar sedang dirakam.

“Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat vdeo peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi,” ujarnya hari ini.


Fathia Latiff juga menjawab pertanyaan peminat sama ada beliau akan lebih berusaha untuk perbaiki diri terutamanya dalam aspek menutup aurat.
“Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat”
“Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?,” tambahnya.
Dalam sesi live di Instagram itu juga, ada peminat yang mempertikaikan tindakan Fathia Latiff untuk muncul hanya mengenakan hoodie dan menampakkan leher tanpa bertudung penuh.
Ada sahaja tidak kena, hmm. (rtky/m)

“Saya Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Ramai” – Fathia Latiff

boleh naik pening juga bila memikirkan siapakah gerangan di sebalik video aksi seksi melalui aplikasi Bigo Live yang membuatkan nama Fathia Latiff turut terpalit. Video yang turut tersebar itu juga turut ‘dibintangi’ oleh pelakon baru, Natasha Elyzza.

Namun sehingga hari ini, Natasha bermati-matian menafikan wanita di dalam video berkenaan adalah Fathia dan baru-baru ini Tasha bersiaran secara langsung lagi di applikasi Bigo Live.
Kali ini, muncul sebuah video di mana seorang pelakon wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).

Bagaimanapun, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana dalam video sebelum ini, Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fathia menjelaskan kepada portal New Straits Time bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.
“Itu memang saya. Saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di sebuah villa. Sesi menari itu berlaku dalam bilik air villa tersebut dan hanya ada rakan wanita sahaja. Pastinya saya malu dengan apa yang terjadi”
“Siapa je yang waras sanggup tayang sebahagian tubuh badan untuk tunjuk pada satu dunia,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Fathia juga menjelaskan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui langsung mengenai aplikasi Bigo Live. Tambahnya, dia juga mahu meneruskan kehidupan dengan lebih positif.
Jika dilihatkan daripada aktiviti Natasha yang selalu live di Bigo mahu pun Instagram, rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik mendiamkan diri dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Secara kasarnya, apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air hanya akan berlanjutan sehingga sebulan dua sahaja dan secara perlahan-lahan akan dilupakan masyarakat.
Masyarakat Malaysia sangat mudah memaafkan sekaligus memberi peluang untuk selebriti tampil kembali bersemangat meneruskan kehidupan baru di dalam dunia hiburan. Namun terpulanglah kepada empunya badan dalam melayari bahtera seni di negara ini. Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja

Sumber: rotikaya

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget