Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran Khamis lalu, menjalani pembedahan membuang kulit melecur, semalam.
Zunnun Misri, 15 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis lalu.
Bapanya, Nasrun Mat Yusuf, 46, berkata Zunnun menjalani pembedahan selama dua jam.
Beliau berkata, Zunnun masih diberi bantuan pernafasan oksigen untuk memulihkan semula tenaganya.
“Dia sudah stabil, boleh makan, bercakap dan bergerak.
“Alhamdulillah terima kasih atas doa semua dan saya harap rakyat Malaysia terus doakan agar anak saya dan dua lagi rakannya yang masih di ICU akan pulih semula,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Nasrun berkata, Zunnun terselamat dengan melompat dari atas bumbung selepas gagal mengejutkan adiknya dari tidur.
Katanya, seorang lagi anaknya Muhammad Nizamudin, 13, maut dalam kebakaran sebelum subuh, Khamis lalu.
Polis mengatakan 23 pelajar dan guru pusat berkenaan maut dalam kebakaran yang disengajakan itu.
Polis juga sudah menahan semua suspek.
Sumber:beritanova
[ Artikel Trending di Bawah ]
GAMBAR BABY COMEL YANG HAMPIR TERKORBAN DALAM KEBAKARAN TAHFIZ ITTIFAQIYAH DIDEDAHKAN. MUJUR DISELAMATKAN OLEH PELAJAR TAHFIZ (5 GAMBAR)
Kuala Lumpur : Naluri seorang ibu berjaya selamatkan bayi nya dan juga diri nya dari ditelan api yang marak sekelip mata, mereka dibantu pelajar Tahfiz yang nekad korbankan nyawa bantu mereka.
Bayi comel ini Siti Nur Afifah, 9 bulan dan kakanya Siti Nur Safiyah, 2, berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, manakala ibu nya sesak nafas dan muntah asap hitam akibat kesan kebakaran yang mana apimarak dengan cepat.
Mereka di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kini bayi tersebut sudah pulih dan kembali tersenyum ceria , manakala ibu nya masih trauma dengan kejadian yang hampir meragut nya mereka dan korbankan 23 orang yang kain.
Kisah cemas ini diceritakan sendiri oleh salah seorang mangsa, Muhammad Ihsan Husin , 16.
Menurutnya, ketika detik cemas itu, dia bersama lima rakannya yang lain berjaya mengeluarkan seorang bayi yang merupakan anak kepada seorang penyelia di pusat tahfiz itu yang dikenali sebagai Ustaz Azahari.
Menurut Muhammad Ihsan, ketika kejadian dia berada di tingkat dua.
Tambahnya, kawannya telah panjat tingkap untuk selamatkan bayi, manakala dia berada di tingkat dua untuk sambut bayi terbabit.
Dalam kejadian itu, seramai 21 pelajar dan dua guru disahkan maut di lokasi kejadian selepas pusat tahfiz dijilat api.
“Waktu itu, pintu nak keluar asrama dah terbakar, saya nampak ada orang sedang cabut gril di pintu. Ketika di bawah saya lihat keadaan orang sudah bising. Isteri ustaz jerit cakap tolong ada bayi.
“Saya dan kawan-kawan tolong selamatkan bayi itu yang berada di tingkat atas yang terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
[ Artikel Trending di Bawah ]
[ VIDEO ] Wanita Diseksa hingga mati kerana salah sangka
Akibat disangka mahu menculik kanak-kanak, seorang wanita yang mengalami masalah mental diseksa dengan diikat, dicukur rambut, dibogelkan, dibelasah dan dilempar batu hingga mati oleh penduduk sebuah kampung di Benggala Barat, India, Selasa lalu.
Wanita itu, Otera Bibi, 42, yang tinggal bersama ibu bapanya merayau hingga ke kampung Mithipur-Panagarh berhampiran sebelum singgah di sebuah pondok. Pemilik pondok itu, Dilip Ghosh, membuat kecoh kononnya wanita itu menculik anak perempuannya berusia 10 tahun.
Bulan lalu, seorang kanak-kanak di kampung itu hilang, dipercayai dilarikan.
Menurut Daily Mail, penduduk kemudian menangkap Otera, mengikatnya pada traktor dan membelasahnya, termasuk melemparnya dengan batu.
Otera cuba memberitahu sesuatu namun penduduk tidak faham apa yang dikatakannya.
Menurut saksi, mereka mengoyakkan pakaiannya dan mencukur rambut wanita malang itu tanpa belas kasihan sehingga polis tiba tiga jam kemudian dan mengejarkannya ke hospital di Jangipur namun disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Murshidabad, Superintendan Mukesh, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan kes itu dan berusaha mengenal pasti penyerang.
Bebrapa orang ditahan untuk soal siasat namun tiada yang direman.
Menurut ibu bapa wanita itu, Otera mengalami masalah mental dan sering merayau, termasuk tidak pulang ke rumah selama beberapa hari.
Anda semua saksikanlah saat-saat akhir wanita malang ini di seksa oleh penduduk kampung yang kejam lagi bangang ni
Sumber: Harian Metro / Daily Mail UK
[ Artikel Trending di Bawah ]
Pelajar Tahfiz Yang Terselamat Bongkarkan Lakonan Mantap Suspek Pada Pagi Kejadian!
Berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku. Itu lakonan seorang daripada suspek yang dipercayai dalang kebakaran meragut 23 nyawa penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dekat Jalan Keramat Hujung apabila kembali ke lokasi beberapa jam selepas kejadian.
Malah, dalam kesibukan orang ramai.. suspek berusia 15 tahun itu datang ke lokasi kejadian untuk melihat kesan perbuatan khianat mereka tanpa perasaan bersalah.
Lakonan mantap suspek itu nyata tidak dapat dihidu sesiapa apabila turut berbual dengan seorang pelajar tahfiz pusat itu seperti tidak mengetahui apa yang berlaku.
Pelajar tahfiz terbabit ketika ditemui mengakui tidak mengesyaki apa-apa kerana suspek terbabit memberi reaksi seperti orang ramai yang datang menyaksikan kejadian, tertanya-tanya mengenai apa yang sedang berlaku.
“Saya terjumpa dia (suspek) jam 8 pagi hari kejadian.
“Dia datang dekat saya dan tanya macam mana boleh jadi macam ni. Masa tu saya tidak syak apa-apa sampailah dapat tahu dia salah seorang yang ditahan polis,” katanya.
Pelajar berkenaan bersyukur kerana terselamat kerana kebetulan pulang ke rumah keluarganya malam sebelum kejadian.
“Saya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh ibu yang memaklumkan pusat tahfiz terbakar.
“Saya ingat ibu bergurau tetapi sebaik mengetahui kejadian itu, saya dan bapa terus ke lokasi.
“Sebaik tiba, saya dapati asrama pusat tahfiz sudah musnah. Saya tak sangka akan kehilangan ramai kawan dan ustaz (warden),” katanya.
Dalam kejadian 5.15 pagi 15 September lalu, seramai 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban selepas tingkat tiga premis itu yang menempatkan asrama terbakar.
Tujuh suspek berusia 11 hingga 18 tahun ditahan kerana mendalangi kebakaran. Hasil siasatan turut membongkar motif kejadian adalah untuk membalas dendam.
Semua suspek kini direman sehingga 22 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kanun sama kerana melakukan khianat dengan api.





Post a Comment